Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh.
Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Mereka mungkin mengalami kesukaran membaca, menulis ,memahami ,mengeja dan mengira. Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia. Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.
CIRI-CIRI DISLEKSIA
Di peringkat pra sekolah mereka mungkin :
-Lambat bertutur
-Mengalami kesukaran sebutan atau rima
-Sukar menulis nama sendiri
-Sukar mengenal bentuk atau warna
-Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya
Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :
-Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
-Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
-Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
- membezakan 15 dengan 51
- “was” menjadi “saw”- ‘b’ dengan ‘d’‘
- Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
- Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
- Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
- Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah
MEMBANTU MURID DISLEKSIA
Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :
- Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak.
- Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang dayaTumpuan.
Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
- Terapi pertuturan
- Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
- Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)
- Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
- Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
- Merasa pergerakan bibir
- Menulis huruf atau perkataan.
Langkah-langkah pemulihan :
- Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
- Pengulangan semasa mengajar (k-onsep ajar berlebihan)
- Gunakan video atau kaset untuk belajar
- Program pemulihan khusus : Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk disleksia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan