Khamis, 29 Oktober 2009

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN KHAS SKTPSP

Hari ini 29 Oktober 2009 telah sempurna Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Khas SKTPSP bertujuan memberi galakan dan penghargaan kepada murid-murid istimewa ini di atas pencapaian mereka dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum..
Tengoklah dulu Gambar-gambar yang sempat dimuat turun. Nanti saya muat turun lagi gambar-gambar yang lain.










Isnin, 5 Oktober 2009

KENALI ANAK ANDA

Adakah anak anda mempunyai ciri-ciri murid Berkeperluan khas???

Ramai ibu bapa yang beranggapan bahawa kelas Pendidikan Khas adalah khusus untuk anak-anak cacat fizikal atau mental sahaja. Sebenarnya tanggapan ini salah!.

Sebenarnya selain daripada menempatkan anak-anak yang mempunyai kecacatan fizikal dan mental yang minima, Kelas Pendidikan Khas juga bertanggungjawab mendidik murid-murid yang secara fizikalnya normal tetapi lemah dalam pembelajaran (lembam). Apabila salah tanggapan ini tidak diperbetulkan maka anak-anak lah yang akan jadi mangsa.

Ini kerana anak-anak yang berkeperluan khas ini apabila terus belajar di kelas perdana, mereka akan jauh ketinggalan kerana anak-anak ini tidak mampu bersaing dengan rakan rakan sebaya mereka.


Kanak-kanak berkeperluan khas

"Individuals who differ from soceital or community standards of normalcy. These differences may be due to significant physical,sensory,cognitif,or behavioral caracteristics. Many of these children may require educational programs customized to their unique needs." [Garciulo (2003)]

McDonnell et al (1995) mengklasifikasikan pelajar-pelajar berkeperluan khas kepada rencatan akal, gangguan tingkah laku,autisme,gangguan pembelajaran,kecacatan deria serta kecacatan fizikal dan kesihatan yang lain. Ada juga di kalangan kanak-kanak istimewa ini mempunyai gangguan yang pelbagai (sebagai contoh, rencatan akal dan gengguan tingkah laku)

Gargiulo M.R pula mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas kepada sembilan kategori iaitu:-

1. Terencat akal (Mental Retardation)
2. Kurang upaya dalam pembelajaran (learning disability)
3. Kecelaruan emosi dan tingkah laku ( Emotional or behavioral disorders)
4. Pintar cerdas dan berbakat (Gifted and talented)
5. Masalah bahasa dan pertuturan ( Speech and language disoders)
6. Masalah pendengaran (Hearing Impairment)
7. Masalah penglihatan (Visual Impairment)
8. Kecelaruan Spektrum Autisma (Autism Spectrum Disorder)
9. Kurang upaya Fizikal atau masalah kesihatan ( Physical or health disability)

Masalah Pembelajaran

Murid bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar (educable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:-

1. Sindrom Down
2. Autisme ringan
3. Hiperaktif (Attention Deficit-Hyperactivity Disoders/ADHD)
4. Terencat akal minima
5. Kurang upaya dalam pembelajaran (Learning Disability)
6. Kurang upaya dalam pembelajaran khusus ( Contoh : Disleksia)

Ibu bapa yang peka dan prihatin terhadap masalah anak-anak sudah tentulah tidak mahu anak-anak mereka jauh tertinggal dalam pelajaran. Oleh itu sekiranya ada anak-anak yang mempunyai ciri-ciri di atas, adalah lebih baik membawa anak anda menjalani pemeriksaan doktor di Hospital Kerajaan bagi mengesahkan Ketidakupayaan anak-anak anda.

Banyak keistimewaan yang anak-anak istimewa ini akan perolehi. Jangan dipersiakan hidup anak-anak berkeperluan khas ini. Keegoan ibu bapa akan memalapkan masa depan anak-anak istimewa ini.

SK Taman Pantai Sepang Putra menawarkan tempat bagi anak-istimewa ini untuk belajar. Kelas yang ditawarkan ialah:-
1- Kelas Pendidikan Khas Pra sekolah
2- Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
3- Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran

Sila hubungi Pejabat sekolah untuk maklumat lanjut 03-31412775

Selasa, 12 Mei 2009

PERTANDINGAN MEWARNA BERSAMA BOMBA

Pada 13 Mei 2009 Unit Pendidikan Khas SKTPSP telah menganjurkan pertandingan mewarna dengan kerjasama Jabatan Bomba daerah Sepang.


Murid-murid sedang mewarna


Bakal pemenang... murid saya yang paling kreatif


Sambil dibantu oleh anggota bomba

cikgu Fiza pun tolong asah pensel warna


Penyampaian hadiah oleh Tn Hj Mohd Noor bin Sanusi
Guru Besar SKTPSP


Tak menang pun dapat hadiah juga



Pemenang-pemenang pertandingan mewarna
Juara Ainul Fitri (kanan) kedua Ismail (tengah) Ketiga Shah Fitri (kiri)

Hamper sebagai cenderahati daripada bomba kepada guru besar

Rabu, 6 Mei 2009

Kelas Pendidikan Khas SK Tmn Pantai Sepang Putra

Kelas cikgu Shamsul. Tengah menonton cerita Duyong.


Kelas cikgu Latifah (Penyelaras Pendidikan Khas)



Kelas cikgu Norfiza



Kelas cikgu Azizah
Kelas ini khas untuk murid bermasalah pendengaran.
Murid-murid sedang diajar bahasa isyarat oleh cikgu Azizah




Kelas cikgu Roaizah....
Murid-murid pergi rehat, cikgunya berbincang pasal apa ye???