Selasa, 24 Mac 2009

DISLEKSIA

APA ITU DISLEKSIA

Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh.

Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Mereka mungkin mengalami kesukaran membaca, menulis ,memahami ,mengeja dan mengira. Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia. Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.

CIRI-CIRI DISLEKSIA

Di peringkat pra sekolah mereka mungkin :

-Lambat bertutur

-Mengalami kesukaran sebutan atau rima

-Sukar menulis nama sendiri

-Sukar mengenal bentuk atau warna

-Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya

Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :

-Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira

-Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas

-Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :

- membezakan 15 dengan 51

- “was” menjadi “saw”- ‘b’ dengan ‘d’‘

- Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut

- Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’

- Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan

- Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah

MEMBANTU MURID DISLEKSIA

Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :

- Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak.

- Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang dayaTumpuan.

Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :

- Terapi pertuturan

- Latihan pendengaran dengan bantuan komputer

- Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)

- Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)

- Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)

- Merasa pergerakan bibir

- Menulis huruf atau perkataan.

Langkah-langkah pemulihan :

- Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur

- Pengulangan semasa mengajar (k-onsep ajar berlebihan)

- Gunakan video atau kaset untuk belajar

- Program pemulihan khusus : Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk disleksia.

Isnin, 23 Mac 2009

PENGENALAN
Kategori Bermasalah Pembelajaran (BP)
Selaras dengan falsafah pendidikan negara yang menekankan kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek, Murid-murid pemulihan khas dan berkeperluan khas turut tidak dipinggirkan. Mereka menjalani proses pembelajaran seiring dengan murid-murid di kelas perdana. Murid-murid pemulihan khas dan berkeperluan khas ini dibahagikan kepada 3 kategori:-
  1. Bermasalah pembelajaran
  2. Bermasalah penglihatan
  3. Bermasalah pendengaran
Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran (BP) di bawah tanggung jawab Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti berikut:-
  • Sindrom Down
  • Autisme ringan
  • Attention Deficit Hyperaktif Disorder
  • Terencat akal minimum
  • Bermasalah pembelajaran spesifik (contoh: Disleksia)

Program yang dijalankan berlandaskan kepada dasar-dasar berikut:

  • Akta Pendidikan 1996, Bab 8.
  • Akta Pendidikan (Pindaan) 2002.
  • Peraturan -Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997.
  • Keputusan Jawatankuasa Dasar, Kementerian Pelajaran Malaysia [Jawatankuasa Perancang Pendidikan (JPP), Mesyuarat Pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia, Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) dan Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pendidikan Khas].
  • Deklarasi Antarabangsa:
    - United Nations' World Programme of Action Concerning Disabled Persons (1983).
    - The World's Declaration on Education for All (1990).
    - The United Nations' Standard Rules on the Equalisation of Opportunities for Person With Disablilities (1993).
    - The Framework for Action on Special Needs Education (Salamanca Statement) 1994.
    - Biwako Millennium Framework for Action Towards an Inclusive Barrier-Free and Rights-Based Society for Persons with Disabilities in Asia and the Pacific (2002).

PENDIDIKAN UNTUK SEMUA ‘1990’

KEPERLUAN-KEPERLUAN PEMBELAJARAN UNTUK ORANG KURANG UPAYA MENUNTUT PERHATIAN KHUSUS. LANGKAH-LANGKAH PERLU DI AMBIL UNTUK MENYEDIAKAN PERSAMAAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN UNTUK SEMUA KATEGORI ORANG KURANG UPAYA SEBAGAI BAHAGIAN YANG SEPADU DALAM SISTEM PENDIDIKAN


AKTA PENDIDIKAN (1961)
“ SEKOLAH KHAS” BERMAKNA SEKOLAH YANG MENYEDIAKAN LAYANAN PENDIDIKAN KHAS UNTUK MURID-MURID YANG KURANG UPAYA


KIRK, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993
“kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa
(1) dalam ciri-ciri mental ,
(2) keupayaan-keupayaan deria,
(3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal,
(4) dalam tingkah laku sosial atau emosi,
(5) dalam keupayaan komunikasi atau,
(6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum”

Culatta, R.A. & Tompkins J.R. “Fundamental of Special Education” 1999

“pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan khas menyediakan peluang-peluang yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa”